wedding ding ding ding ~
Sunday, June 24, 2012 | 2:35 AM | 0 angel (s)
Assalamualaikum
pada pagi yang sungguh nyaman . hari ini aku pergi wedding bersama keluargaku yang sangat aku sayang . aku bangun awal untuk bersiap siap , selepas mandi aku gosong baju , gosok tudung . aku sudah siap cantik lagi comel *muntah hijau* . aku tunggu kakak aku bersiap , dia memang bersiap agak lama . biasa lah perempuan kan makeup lagi , pakai shawl lagi , nyampah . tengok aku simple saja tak perlu nak bermakeup makeup . aku cuma pakai bedak sidikit sahaja di muka . pukul 12.30 baru kitaorang bergerak pergi dewan presint 8 anak acik Faridah yang kahwin . pada masa tu lah baru aku tahu yang sudah sekian lama aku tidak berjumpa diorang . lagi lagi anak perempuan diorang yang lawa lagi comel tu . bila jumpa aku dengan kakak aku je diorang selalu cakap "eh dah besar dah . dulu darjah 5 je* well sekarang aku sudah tingkatan 3 bukan lagi darjah 5 , yeahh cepat sangat aku membesar rasanya . yee aku memang cepat membesar tinggi pulak tu , wakaka !
aku memang selalu buat muka bajet ayu macam tu . aku suka sangat aku rasa comel sangat . joke ! bila aku pergi dewan tu aku harap jumpa lah watikah kan sebab dia kata dia pergi jugak , hemm aku sampai je di nak balik dah . tapi aku watlek je . aku masuk je ada boboi cousin aku yang sengal . entah macam mana boleh sesat dekat situ . rasa nak lempang dia . hahaha ! ! ! !
kita memang suka tangkap gambar dalam tandas seronok sangat k seronok sangat -__- . time ni aku bosan tak tahu nak buat apa . aku main tangkap je . tandas pun tandas lah . peduli apa aku . yang kepala budak tu anak saudara aku Aliya Danisha . comel sangat dia . macam makcik dia , aku lah tu . *muntah merah*
baju biru cousin Fatin Adila aku yang tinggi lampai tu biasalah aku kan . kihkih , yang baju kuning tu anak saudara aku Amira Dayana , kakak kepada Aliya Danisha . dia tersangat lah gedik aku tersangat lah menyampahnye pun -.-
again .
yang ini pulak kakak saudara aku JaJa . emak kepada Amira dan Aliya . dia comel dan sangat putih . otak dia pun lebih kurang sama macam aku jugak lah sewel . kehkehkeh ! ! ! ! !
Dari kiri makcik aku hasnah , me , kak jaja , ibu saya yang tercinta . kak baby . amira dan Adila . yang kak babu tuh , keluarga dia punya kenduri lah ni . abang dia wedding ding ding ~
ini kak Fazlin . kakak kepada Baby tadi tu . dia dah kahwin pun . tima kenduri dia aku tak pergi pulak . k takpaa .
Ibu . Isteri . Abang Lan and me . tu lah abang dia .
And this is meee . comelnya hak0oo ~ lalala . aku memang suka snap snap dalam kereta . kalau bosan bukak camera dan ambil gambar . bila aku tengok tengok balik bila lah aku pulak nak kahwin kan teringin nak naik atas pelamin teringin nak pergi bulan madu . k gatal sangat tu haha . ok the end ~
Assalamualaikum :D

