Holla !

 photo 613610b8-6b8e-4bb7-8fdb-72efcedfa2f0_zps5725dd78.jpg

Syaqilah Atiqah Adzhar . 16 . Putrajaya nine one!

Kpopper's EXOTICS . ELF . BTOB



masih mampu untuk bersenyum
Thursday, May 31, 2012 | 12:27 AM | 0 angel (s)


sekarang sudah 2.52 p.m . aku bersendirian di dalam bilik . aku tidak tahu di mana hala tuju aku sebenarnya . aku masih bingung . adakah ini realiti ada mimpi sajaha ? rupa rupanya ini realiti . aku tidak bermimpi dan aku sedar apa yang aku buat selama ini .

aku suka sangat keluar malam dan balik sampai lewat malam . bukannya aku tidak takut . ya aku sedar aku masih perempuan dan aku masih dara . bukannya aku tidak mahu duduk dirumah , tetapi selagi aku duduk dirumah ada sahaja orang yang hendak menyakiti hati aku . ya memang aku mengaku , aku memang ada sikap kurang aja , tapi aku akan kurang ajar dengan orang yang selalu sahaja mahu cari salah aku , dia sahaja yang mahu menang .

bila aku keluar dengan kawan kawan aku , aku selalu tersenyum buat lawak walaupun benda itu tidak lawak mana aku saja mahu hiburkan hati , siapa tahu di dalam tawa dan senyum sebenarnya ada tangisan yang terselit di hati . kadangkala kawan kawan aku selalu saja mahu menyakitkan hati aku , ada saja benda yang dia mahu menang dia saja yang betul ada saja benda yang dia mahu menyakat , dan dia selalu buat apa yang aku tak suka . tapi itu semua hanya sekejap saja aku tahu itu adalah satu gurauan . tetapi bukan semua benda yang boleh dibawa untuk bergurau ada hadnya .

aku bukannya orang yang suka bersedih , aku bukannya seorang yang suka minta simpati dekat orang lain ya itu bukan aku . apa yang aku alami selama ini aku tanggung sorang sorang . aku bukannya seorang yang senang cerita masalah kepada orang lain , nanti orang ingat aku ini saja mahu minta simpati . tetapi aku akan cerita benda yang bisa membuat orang ketawa . aku tidak suka melihat kawan kawan aku sedih berduka . rahsia mereka masih tersemat di hati aku tidak suka membocorkan rahsia kawan kawan ku sendiri . jikalau aku membocornya bermakna aku sudah mengkhianati kawan kawan ku serta diriku sendiri . aku seorang yang suka memendam pilu tidak mahu berkongsi apa apa kepada orang . tetapi jika aku sedang marah semua perkataan yang terkeluar dari mulut aku apa yang terlintas di otak akan aku luahkan kepada orang itu . maafkan aku jika aku berkelakuan sebegitu teruk . aku bukannya mahu menyakitkan hati orang aku cuma mahu melepaskan kemarahan yang tersangat lah bodoh dan lagi bodoh . tetapi sekarang aku masih lagi mampu untuk bersenyum seperti biasa .

sekian terima kasih